Isnin, 19 Ogos 2013

TONIK RAMBUT LELAKI & WANITA BIO_ASLI


TONIK RAMBUT WANITA T-HUGO
TONIK RAMBUT LELAKI T-POLO

Teknik Rawatan Rambut Gugur & Berkelemumur
1. Semasa mandi petang, syampu rambut secara rata dari permukaan rambut sehingga ke kulit kepala. Kemudian, urut permukaan rambut sehingga ke kulit kepala secara perlahan-lahan dengan menggunakan sikat rambut (sikat bergigi bulat @tumpul, beruskan  dengan lembut). Gosokan dengan menggunakan jari secara kasar akan menyebabkan rambut gugur dan rosak. Cuci rambut dan bilas sehingga bersih dengan memastikan tiada buih-buih syampu yang tertinggal pada kulit kepala.
2. Kemudian lap rambut yang basah dengan menggunakan tuala bersih secara lembut (jangan beri tekanan atau gosokan yang kuat kepada rambut dan kulit kepala untuk mengelakkan rambut tercabut @ gugur). Selepas lap, biarkan rambut kering dengan sendirinya.
3. Setelah rambut kering, sapukan Minyak Kelapa Dara (Asli) atau Minyak Argan di kulit kepala secara rata (sebaiknya jam 9.00 malam). Kemudian, biarkan minyak meresap ke dalam kulit kepala dalam jangka masa 2 jam. Proses resapan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. Jika berasa gatal, jangan garu kulit kepala dengan jari, sebaik-baiknya gunakan sikat yang matanya lembut (bersifat berus yang lembut) untuk mengurut kulit kepala dan mengelakkan rambut dari gugur.
4. Semasa mandi pagi, rambut boleh dibasahkan dan dicuci tetapi jangan gunakan syampu rambut atau sebarang bahan pencuci yang boleh menyebabkan kekeringan pada kulit kepala (pilih syampu yang sesuai). Selepas mandi, lap rambut yang basah menggunakan tuala bersih dengan lembut. Biasanya, permukaan kulit kepala akan berasa gatal selepas mandi. Bagi mengatasinya, urut kulit kepala menggunakan sikat yang telah dicadangkan secara perlahan-lahan. Biasanya, rasa gatal pada kulit kepala akan hilang dalam masa 1 hari.
          Tidak sesuai
    Lebih Sesuai
    Tidak sesuai      Lebih Sesuai
5. Gunakan Tonik Rambut BioAsli. Sapukan tonik secara rata sehingga ke kulit kepala bagi memastikan kulit kepala dan rambut sentiasa lembap dan subur, seterusnya dapat melindungi permukaan rambut dari sinaran ultra-ungu (UV).
6. Ulangi langkah 1-6 sehingga masalah kelemumur, rambut rosak dan rambut gugur dapat diatasi. Sebaik-baiknya, ulangi langkah di atas sehingga 2-3 minggu.



Cadangan :

Teruskan penggunaan Tonik Rambut BioAsli sebagai amalan pemakaian harian bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan subur.

www.bio-asli.com/daftar.asp?id=xtream7

1 ulasan:

  1. Ulangi langkah 1-6 sehingga masalah kelemumur, rambut rosak dan rambut gugur dapat diatasi. Sebaik-baiknya, ulangi langkah di atas sehingga 2-3 minggu.

    BalasPadam